Edubuntu – Bakal Mengalahkan Skor A?

logo-edubuntu

Bagi yang berminat belajar dengan teknologi, Ubuntu ada menyediakan versi pendidikan (education) dengan versi bernama EduBuntu.

Tumpuan utama Edubuntu adalah untuk sekolah, rumah, dan komuniti. Tetap berasaskan Ubuntu, apa yang lainnya Edubuntu tersedia dengan pelbagai aplikasi pendidikan.

Instalasi Edubuntu sama sahaja seperti Ubuntu. Tiada bezanya.

Ia juga menggunakan Ubuntu Software Center untuk mencari pakej apps yang ada. Jadi tidak perlu risau jika anda ingin install perisian yang anda ingini.

Dengan ini, anda tidak perlu lagi menghabiskan wang beribu ringgit pada perisian yang belum tentu memberi kesan kepada anak-anak atau murid anda.

Apa kata anda tentang ini?

Related Posts:

About the author

Seorang yang meminat Linux terutamanya sistem operasinya. Linux boleh pergi jauh di dalam alam Melayu hanya jika orang Melayu rajin tulis maklumat-maklumat Linux dalam bahasa Melayu, mengikut pandangan saya. Jom tulis tentang Linux dalam bahasa Melayu. nota: Juga aktif sebagai editor di Wikipedia Bahasa Melayu.