Kali Linux, Jadi Hero atau Penjahat

Baru-baru ini (11 Oktober 21013) kita mungkin dikejutkan dengan berita google malaysia digodam (hack) . Sebenarnya ini pernyataan yang salah, yang digodam bukanlah Google Malaysia, tetapi yang digodam ialah MyNIC iaitu syarikat pendaftaran domain .my (dot my). Penggodam yang terlibat di katakan kumpulan dari Pakistan. Pembacaan lanjut boleh dilakukan dengan membuat carian “DNS poisoning, DNS hijacking”.

kali-linux

Kali Linux ialah sebuah distro khas untuk ujian keselamatan (audit keselamatan) dan ujian penembusan sesuatu sistem. Distro ini adalah binaan semula distro Bactrack. Berbeza dengan Backtrack yang berasakan Ubuntu 10.04, Kali linux dibina berasaskan Debian. Menjadikan distro ini lebih cepat dikemaskini dan lebih stabil.

Kali Linux mengandungi 300 lebih perisian-perisian untuk ujian penembusan siap sedia setelah dipasang.

Walaubagaimanapun, Kali Linux tidak sama dengan kebanyakan distro linux sedia ada, Kali Linux bertujuan khas untuk ujian penembusan. Sistem satu pengguna (single user) dan akses root selamanya, membuatkan ditro ini tidak sesuai untuk diguna sebagai distro harian.

Namun saya secara persendirian amat menggalakkan sesiapa yang ingin mendalami ilmu keselamatan boleh mencuba distro ini. Kemudian belajar, menjadi penjahat dengan  mendapatkan password wifi jiran atau menjadi hero dengan memberitahu jiran password “123456” adalah passsword yang tidak selamat. Belajarlah juga menggunakan wireshark untuk mengumpul data yang berterbangan apabila menggunakan wifi awam supaya kita tahu kepentingan https dan vpn.

Terlalu banyak yang boleh dibuat dengan distro ini. Sebagaimana kemajuan dunia komputer, keselamatan perlulah selari maju bersama.

Sekiranya sudah mahir, jadilah hacker Malaysia yang menyelamatkan negara kita, tak perlulah datang dari luar.

Akhir kata, jadi lah Hero yang meningkatkan keselamatan, atau jadilah penjahat yang mengambil kesempatan. Kuasa di tangan anda.

Related Posts:

  • No Related Posts

About the author

Ku suka taip kod dari taip ayat, tapi terpaksa taip ayat untuk cerita pasal kod.