Manjaro Linux – OS Pilihan Selain Ubuntu

manjaro-linux

Ubuntu menjadi platform utama untuk pengguna baharu Linux berjinak dengan Linux. Namun ia bukanlah yang pertama boleh dicuba. Ada pelbagai sistem operasi (OS) Linux yang boleh kita cuba.

Kali ini saya ingin perkenalkan pula dengan Manjaro Linux. Manjaro menggunakan sistem operasi Linux Arch berlainan daripada Ubuntu yang menggunakan Debian.

Konsep Arch lebih kepada bleeding edge, bermaksud selalu dikemaskini.

Pada awal pembangunan, proses installasi Manjaro tidak berapa mesra pengguna (user-friendly). Namun dengan kemaskini terbaru mereka, dilihat cara installasi sistem operasi ini semakin mesra pengguna.

Sama seperti Ubuntu, Manjaro mempunyai pelbagai pilihan dan persekitaran dekstop (desktop environment) terdiri daripada LXFCE, XFCE, Gnome, sehinggalah KDE.

Popularnya sesuatu OS Linux amat bergantung juga kepada sistem sokongan dan kemesraan pengendalain forum. Berdasarkan pengalaman saya, forum Manjaro mempunyai ramai admin dan pengguna yang mesra dan sanggup menjawab soalan walaupun soalan itu boleh dianggap noob.

Tidak rugi untuk pengguna profesional dan amatur untuk mencuba Manjaro Linux.

Related Posts:

  • No Related Posts

About the author

Seorang yang meminat Linux terutamanya sistem operasinya. Linux boleh pergi jauh di dalam alam Melayu hanya jika orang Melayu rajin tulis maklumat-maklumat Linux dalam bahasa Melayu, mengikut pandangan saya. Jom tulis tentang Linux dalam bahasa Melayu. nota: Juga aktif sebagai editor di Wikipedia Bahasa Melayu.