Perbezaan Antara LibreOffice dan Microsoft Office

beza-libreofis-msoffise

Ramai pengguna di Malaysia masih bergantung kepada penggunaan Microsoft Office.Tahukah anda ada pilihan yang lain selain dari menggunakan Microsoft Office?

Jawapannya Ya, sebagai alternatif anda boleh menggunakan perisian LibreOffice.

Terdapat perbezaan antara kedua produk ini. Perbezaan yang ketara, Microsoft Office adalah produk berbayar, manakala LibreOffice adalah produk sumber terbuka yang anda boleh guna pakai dan kongsi dengan percuma.

Walaupun LibreOffice bukanlah produk yang termaju berbanding saingnya, anda boleh memahirkan diri tanpa mengambil masa yang lama. LibreOffice juga berkebolehan membaca dan menyunting fail yang dihasilkan oleh Microsoft Office yang boleh dikategorikan hampir sempurna.

Anda boleh melihat perbezaan antara kedua produk ini di halaman berikut http://wiki.documentfoundation.org

Jika anda seperti saya, mungkin sudah tiba sama untuk anda bertukar!

Related Posts:

  • No Related Posts

About the author

Seorang yang meminat Linux terutamanya sistem operasinya. Linux boleh pergi jauh di dalam alam Melayu hanya jika orang Melayu rajin tulis maklumat-maklumat Linux dalam bahasa Melayu, mengikut pandangan saya. Jom tulis tentang Linux dalam bahasa Melayu.nota: Juga aktif sebagai editor di Wikipedia Bahasa Melayu.