mkvmerge-GUI merupakan salah satu daripada peralatan yang terdapat dalam perisian MkvToolNix. Ianya bersumber terbuka dan boleh dijalankan pada Linux, Windows dan Mac. MkvToolNix adalah perisian untuk membina, menyunting dan memeriksa fail Matroska.
Untuk tutorial kali ini kita lihat asas penggunaannya dengan membina fail .mkv dan memasukkan 4 fail yang berbeza iaitu :
- Bab/Babak
- Video
- Audio
- Sarikata
Bina Bab/Babak dan masukkkan ke dalam fail .mkv.
Catatkan dahulu masa mula dan akhir yang diperlukan menggunakan pemain video anda.
Buka mkvmerge-GUI pilih tab Chapter Editor
Klik Menu -> Chapter Editor -> New chapters
Klik Add chapter
Taipkan masa mula pada Start dan masa akhir pada End. Masa dalam format HH:MM:SS.SSS… (Jam:Minit:Saat)
Taipkan nama babak pada Name
Bahagian bahasa dan negara merupakan pilihan tambahan. Boleh diabaikan jika mahu.
Klik Add chapter untuk babak yang seterusnya dan ulang langkah diatas sehingga selesai.
*Anda boleh juga menetapkan bahasa dan negara secara pukal pada butang Set values.
Klik Menu -> Chapter Editor -> Save untuk disimpan.
Klik Tab Global
Lihat pada Chapters File, klik Browse dan pilih fail yang anda simpan tadi.
Bahagian bahasa dan negara merupakan pilihan tambahan. Boleh diabaikan jika mahu.
Masukkan Video, Audio dan Sarikata.
Pilih tab Input
Anda boleh klik add atau heret dan letak pada kotak Input files. Itu sahaja. Amat mudah.
Pada tab pilihan tambahan boleh tetapkan bahasa atau saiz video, lengahkan masa dan sebagainya. Boleh abaikan jika tidak perlu.
Lihat pada Output Filename. Anda boleh letakkan nama atau mengubah tempat menyimpan.
Bila berpuas hati klik Start muxing untuk memulakan pembinaannya atau Add to job queue untuk jalankannya pada masa yang lain.
Lihat pada tetingkap yang terpapar jika terdapat ralat. Jika semuanya berjalan lancar tetingkap akan menyatakan ianya telah selesai.
Video yang siap dibina.
mkvmerge-GUI juga boleh membuangkan fail-fail yang tidak dikehendaki pada fail Matroska anda contohnya video yang mempunyai audio/sarikata berbilang bahasa untuk mengurangkan saiznya. Semuanya semudah nyah-tandakan kotak pada tab Input -> kotak Track,chapter and tags. Kemudian klik Start muxing.
Bagi yang masih kurang faham apa itu fail Matroska, secara ringkasnya :
Matroska bukannya kodek (codec) audio/video, ia adalah bekas penyimpan (container) Multimedia.
Menyokong kebanyakkan kodek audio/video/sarikata
Biasa didapati dalam bentuk .MKV (matroska video) , .MKA (matroska audio) and .MKS (sarikata) and .MK3D (stereoscopic/3D video).
Digunakan oleh WebM sebagai struktur asas.
Alternatif sumber terbuka untuk bekas (container) sedia ada seperti AVI, ASF, MOV, RM, MP4, MPG ES.
Untuk dapatkan dan cara pemasangan MKVToolNix boleh pergi ke http://www.bunkus.org/videotools/mkvtoolnix/downloads.html
Maklumat lanjut Matroska http://matroska.org/index.html
Jika ingin bermain dengan sumber tutorial di atas muat turun di sini.
Komen Terkini