Apabila Ubuntu selalu membuat masalah, saya mula berfikir beralih arah mencuba sistem operasi (OS) lain. Antara yang pernah saya cuba adalah Sabayon Linux yang berasaskan Gentoo.
Memang terbaik untuk pengguna biasa yang telah bergelumang dengan Linux. Tetapi saya tak sarankan untuk pengguna amatur kerana instalasinya yang sedikit kompleks berbanding Ubuntu.
Seperti yang kita ketahui, kekuatan sesebuah sistem operasi Linux bukanlah pada kehebatan berfungsi operasi itu tetapi komunitinya yang saling bantu-membantu.
Saya rasakan komuniti Sabayon Linux ini sangat tidak mesra pengguna baharu. Apabila saya bertanyakan soalan noob, banyak yang komen agar gunakan fungsi ‘search’ dahulu. Masalahnya, saya tak tahu nak cari apa!
Dari segi kekuatan utama, SL memang stabil. Masa booting yang sama, dan kelancaran menggunakan perisian seperti LibreOffice, Amarok, dan KDE plasma.
Pusat perisian (software center) SL juga lebih kurang sama dengan Ubuntu Software Center. Cuma mereka lebih kepada Gentoo.
Bagi yang ingin mencuba OS yang bagus selain daripada Ubuntu, Sabayon Linux boleh dimasukkan ke dalam senarai anda.
Komen Terkini