Salam. Kali ni saya nak bagi tutorial untuk muat turun keseluruhan laman web html statik (setakat ni baru cuba statik) dengan menggunakan arahan wget pada terminal linux. Pertama sekali anda perlulah buka terminal. Kemudian buat satu direktori baru untuk anda simpan web yang anda muat turun. kemudian type ini:
$ wget \ --recursive \ --no-clobber \ --page-requisites \ --html-extension \ --convert-links \ --restrict-file-names=windows \ --domains website.org \ --no-parent \ www.website.org/tutorials/html/
Enter. Tunggu hingga laman web siap di muat turun. Kelajuan muat turun bergantung kepada saiz laman web yang anda muat turun dan juga kelajuan internet anda. Setelah siap, anda boleh akses file tersebut di folder yang anda buat. Berikut adalah makna arahan yang ditulis.
–recursive: muat turun keseluruhan laman web.
–domains website.org: Jangan ikut pautan luar dari website.org.
–no-parent: Jangan ikut pautan luar dari direktori tutorials/html/.
–page-requisites: Dapatkan semua elemen yang di gunakan dalam penghasilan laman web tersebut (gambar, CSS dan sebagainya).
–html-extension: simpan file dengan sambungan .html.
–convert-links: tukar pautan supaya boleh berfungsi semasa off-line.
–restrict-file-names=windows: ubah suai filenames supaya boleh digunakan pada platform Windows juga.
–no-clobber: Jangan tulis ganti sebarang file yang sudah wujud (sekiranya muat turun diganggu dan disambung semula).
p/s: tujuan tutorial memuat turun laman web ini hanya untuk pembelajaran. Saya tidak bertanggungjawap jika anda gunakan atas tujuan plagiat. harap maklum
Komen Terkini