Linux Lite – Ringan Seperti Yang Dikatakan

linux-lite

Dalam dunia komputer ini yang memang sudah terbeban dengan pelbagai kerja, sememangnya Linux Lite mampu mengendalikan beban itu dengan baik.

Pada masa dahulu, apabila install sahaja sistem operasi Linux ke dalam komputer pelbagai setting perlu diubahsuai agar sesuai dengan kehendak pengguna. Ini tidak terjadi dengan Linux Lite.

Dengan hanya 5 minit sahaja, pengguna sudah dapat menyesuaikan diri dengan Linux Lite.

Linux Lite juga cepat bootable dengan hanya 30 saat (secara live).

Linux Lite menggunakan persekitaran desktop (PD) Xfce, antara PD yang cepat dan ringan. Mungkin kerana ini para pembangun Linux Lite memilih Xfce sebagai yang utama dan satu sahaja PD untuk OS mereka ini. Tidak ada pilihan lain juga membantu memudahkan amatur untuk tidak pening memikirkan mana yang terbaik untuk kegunaan mereka di peringkat awal.

Distro ini berasaskan Ubuntu 12.04 LTS, dengan sokongan kemaskini selama 5 tahun. Bagi anda yang trauma dengan Ubuntu, jangan anggap ini adalah sepenuhnya cabang Ubuntu seperti Linux Mint. Ia hanya dalaman. Luaran langsung tiada serpihan Ubuntu.

Apa yang bagusnya, penggunaan secara live (tanpa installasi ke dalam komputer), begitu mudah. Amat sesuai untuk menjadi pemudah cara menyimpan data kala Windows anda rosak terkena virus atau bagai tanpa sebab.

Ada cadangan distro lain yang juga boleh digunakan secara live untuk transfer data? Jom lontarkan pandangan.

sumber: Linux-Lite Best

Related Posts:

About the author

Seorang yang meminat Linux terutamanya sistem operasinya. Linux boleh pergi jauh di dalam alam Melayu hanya jika orang Melayu rajin tulis maklumat-maklumat Linux dalam bahasa Melayu, mengikut pandangan saya. Jom tulis tentang Linux dalam bahasa Melayu.nota: Juga aktif sebagai editor di Wikipedia Bahasa Melayu.