Pear OS – Peniru OSX?

pear os

Pear OS? Bagi peminat Apple ini mesti satu yang merosakkan! Linux memang terkenal dengan teknik tiru meniru (atau sebaliknya?).

Pear OS adalah medan alternatif untuk pengguna tegar Apple beralih kepada dunia yang lebih bebas sebenarnya. Masih lagi berasaskan Ubuntu, Pear OS menyediakan satu platform menarik untuk pengguna berjinak dengan perisian seakan jenapa Apple (dan ini bukan tiruan!).

Jika Ubuntu telah menggunakan Unity sebagai persekitaran desktop lalai, Pear OS tetap dengan Gnome. Dan ia bukan Gnome biasa tetapi Gnome 3+ (yang banyak menerima kritikan hebat pengguna Linux kerana interface yang kurang mesra).

Amaran: Mungkin setelah mengetahui kehebatan Pear OS, pengguna secara tak langsung mungkin termakan dengan hasutan bahawa Mac OS sebenarnya lagi best!

Dengan pelancaran iOS 7, dikatakan bahawa Pear OS 8 akan terinspirasi daripada itu. Mungkin nanti anak watan kita akan mencipta Durian OS pula?

Apapun, variasi distro Linux bagaikan rempah yang pelbagai. Terpulang kepada kita untuk mencubanya untuk masakan kehidupan.

Related Posts:

About the author

Seorang yang meminat Linux terutamanya sistem operasinya. Linux boleh pergi jauh di dalam alam Melayu hanya jika orang Melayu rajin tulis maklumat-maklumat Linux dalam bahasa Melayu, mengikut pandangan saya. Jom tulis tentang Linux dalam bahasa Melayu.nota: Juga aktif sebagai editor di Wikipedia Bahasa Melayu.