Ke Mana Arah Kita Selepas Ini?

Kita hanya mampu merancang, hanya tuhan yang menentukan. Itulah ayat yang paling tepat diucapkan pada masa ini. Satu masa dahulu kita mempunyai sesuatu yang hebat, tapi kini kita tidak mempunyai apa-apa. Pelayan hancur, tiada data yang dapat diselamatkan. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi. Mungkin untuk menyedarkan kita dari lena yang panjang.

Jika kita imbau kembali sejarah lampau, dahulunya kita dikenali dengan Jomlinux. Zaman kebangkitan Jomlinux bermula dengan penubuhan Forum Jomlinux selain laman sesawangnya dimana kita semua berkumpul, berbincang bertukar-tukar pendapat serta pengetahuan sambil membantu sesiapa yang memerlukan.

Undian Untuk Wujudkan Forum @ Website GJL Dec 15 2009, 10:19 pm
From: lozmorecx

ha ada sesiapa tak sokong idea aku supaya kita wujudkan site untuk
group kite membuat perbincangan, berkongsi tutorial,berkongsi bahan
media spt movie atau muzik…klu ada blh kita bincang kat sini…

hehehe…sori mmg tak pandai nk buat undian sbb xpandai nk guna mail
nie…ni je cara yg aku tau…hehe…

hope ada yg sokong…sbb klu kita dapat membinanya lg akan memudahkan
kita untuk memajukan lg sumber terbuka ini…

sbg pemulaan aku org pertama yg menyokong kite wujudkan site kite
sndri….

😛

Usul Diluluskan : Forum Jom Linux Dec 23 2009
From: jomlinux
Salam semua,

Tahniah atas kerjasama semua. Kami ingin mengumumkan bahawa usul untuk
membina forum bagi Jom Linux diluluskan.
Sila bincang agenda seterusnya.

Terima kasih.


Digide Technology (001848594-K)
Pengedar Rasmi Ubuntu, Malaysia

(Petikan dari Forum Jomlinux)

Memang tidak dijangka sambutan yang diberikan sangat memberangsangkan dari para penyokong perisian bebas dan bersumber terbuka sehinggakan komuniti Jomlinux mendapat perhatian daripada OSCC apabila mereka memasukkan komuniti kita sebaris dengan nama-nama besar dalam dunia sumber terbuka di Malaysia di dalam Persembahan mereka pada Seminar Goopen 2010 yang diadakan di Oslo, Norway pada 2010. (Videonya boleh lihat di Vimeo langkau ke 23.17)

Keratan OSSC 
Memang seronok pada zaman kegemilangan atau boleh juga saya katakan era keemasan Jomlinux. Setiap hari sentiasa ada yang memerlukan bantuan samaada di forum meskipun di laman sesawang, menjadikan otak semakin cergas lalu menghasilkan idea-idea yang mantap dan bersemangat untuk menghasilkan artikel-artikel yang menarik. Atas semangat yang berkobar-kobar itu jugalah Majalah Sumbu berjaya dihasilkan.

Kita terus mengorak setapak lagi kehadapan apabila Kelab Pengguna Sumber Terbuka Malaysia berjaya ditubuhkan. Malangnya setelah penubuhan Kelab, sambutan yang diberikan nampaknya semakin suram. Mungkin kerana komitmen yang semakin bertambah dari para penyumbang, semakin kurang artikel dan berita terkini dikeluarkan menjadikan sokongan yang semakin berkurangan menyebabkan kita semakin tidak bermaya.

Adakah kita akan berkubur selepas ini? Soalan yang amat baik kita jawab sendiri kerana Kelab Sumbu adalah projek komuniti. Komuniti tersebut tidak lain tidak bukan adalah kita sendiri. Kita yang menentukan arah tuju Kelab Sumbu. Sokongan dan bantuan amatlah diperlukan pada zaman kegelapan ini.

Kita telah buktikan kita mampu menjadi hebat apabila berkerjasama. Kita juga telah merasa kehancuran apabila kita pinggirkan diri. Akhir kata, segalanya ada ditangan kita. Adakah kita perlu bangkit semula atau hadiahkan sahaja batu nesan. Tepuk dada tanyalah selera.

Related Posts:

  • No Related Posts

About the author

Penggemar Sumber Terbuka