Mount hard drive secara otomatik pada Linux OS.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Wah berhabuk dah blog sumbu kesayangan kita ni. Mari aku tambah entri beginer tentang sistem operasi(OS) Linux. Hari ni aku nak kongsikan cara nak mount hard drive secara otomatik pada Linux OS.

Semak UUID drive yang kita mahu kan (taip pada terminal)

sudo blk

sudoblkidview

*sila lihat UUID drive yang anda mahu. aku mahu mount otomatik drive /dev/sdb1

kemudian buat direktori baru untuk drive tersebut.

sudo mkdir /media/data

*anda bebas untuk memilih nama direktori anda. aku pilih ‘data’

Kemudian edit file fstab anda

sudo nano /etc/fstab

editfstab

*tambah baris ini di dalam file fstab anda

UUID=3e75240d-97b6-49cb-af21-fac25d574851 /media/data ntfs rw,exec,noatime,nobootwait 0 0

*lihat aku tambah UUID, direktori drive dan juga jenis file system drive tersebut (ntfs)

Simpan file tersebut dan reboot OS anda. Itu saja. Terima kasih kerana sudi membaca 🙂

Related Posts:

About the author

Penggemar Sumber Terbuka