Jadi Penyunting Video Pro Dengan Kdenlive

kdenlive

Kdenlive adalah salah satu editor video yang ada dalam Linux. Ia tersedia ada dan sesuai dengan persekitaran desktop KDE. Namun begitu, tidak bermakna anda tidak boleh install di persekitaran lain seperti XFCE, Gnome, ataupun Unity. Cuma apabila berkait dengan KDE, satu perkara yang anda perlu tanam dalam fikiran – makan sumber komputer yang banyak!

Bagi pengguna yang baru nak berjinak dengan video editor, Kdenlive akan memakan masa untuk dipelajari. Namun usah risau. Sebaik sahaja anda sudah tahu selok belok dan alat (tool) yang digunakan, pastinya anda akan menjadi penyunting video pro. Tunggu masa sahaja. Dan sabar itu kuncinya di sini.

Kdenlive membantu anda mencampurkan video, foto statik dan audio. Anda boleh crop, cut, move dan delete video dengan layer yang disediakan.

Terdapat banyak kesan khas dan transisi yang disediakan. Anda boleh mencubanya sendiri untuk pengalaman yang menarik.

Ia juga menyokong kebanyakan format video seperti MP4, OGG, AVI, dan sebagainya. Output juga boleh dikeluarkan dalam format AVI, OGG, MP4, dan MOV.

Untuk penggunaan perisian ini dengan baik, laptop high-end lebih sesuai berbanding laptop yang lama. Ini kerana penggunaan disyorkan adalah 1 GB RAM, 20GB saiz kosong, dan Intel/AMD core 2.

Kesimpulannya, Kdenlive adalah antara penyunting video terbaik untuk Linux. Cuma ia lebih sesuai digunakan untuk komputer canggih berbanding komputer lama. Apatah lagi, lengkuk pembelajarannya memakan masa sebelum anda dapat menyesuaikan menggunakannya sepenuhnya.

Ada perisian video editor lain yang hendak dicadangkan? Jom komen.

Related Posts:

About the author

Seorang yang meminat Linux terutamanya sistem operasinya. Linux boleh pergi jauh di dalam alam Melayu hanya jika orang Melayu rajin tulis maklumat-maklumat Linux dalam bahasa Melayu, mengikut pandangan saya. Jom tulis tentang Linux dalam bahasa Melayu.nota: Juga aktif sebagai editor di Wikipedia Bahasa Melayu.