Ubuntu 12.10 dan TL-WN725N

Artikel asal oleh : alHakim. – Pada : Sabtu, 16 Febuari 2013

 

Salam,

Hujung tahun lepas, saya ada membeli satu wireless adapter iaitu “150Mbps wireless N Nano USB adapter (TL-WN725N) “. Walaupun adapter ini disokong oleh kernel Linux secara default, tetapi prestasinya amat mengecewakan.

Kelajuan internet menggunakan adapter ini sangat teruk dan internet juga selalu terputus. Yang lebih memeningkan kepala ialah, apabila internet terputus, saya perlu mencabut dan memasang semula adapter itu dari/ke port USB.

Selepas beberapa hari mencuba adapter ini, saya telah menemui jalan penyelesaiannya dengan memasang driver daripada pembuat chip adapter tersebut iaitu Realtek.

Perkara pertama yang perlu kita ketahui untuk memasang driver ini ialah nombor kod chip yang digunakan.

Tekan Ctrl + Alt + T untuk manjalankan terminal dan masukkan arahan “sudo lsusb”. Kita akan dipaparkan dengan informasi pemacu yang disambungkan ke komputer seperti berikut;

Bus 002 Device 002: ID 0bda:8176 Realtek Semiconductor Corp. RTL8188CUS 802.11n WLAN Adapter
Bus 005 Device 002: ID 046d:c52e Logitech, Inc.
Bus 001 Device 001: ID 1d6b:0002 Linux Foundation 2.0 root hub
Bus 002 Device 001: ID 1d6b:0002 Linux Foundation 2.0 root hub
Bus 003 Device 001: ID 1d6b:0002 Linux Foundation 2.0 root hub
Bus 004 Device 001: ID 1d6b:0001 Linux Foundation 1.1 root hub
Bus 005 Device 001: ID 1d6b:0001 Linux Foundation 1.1 root hub
Bus 006 Device 001: ID 1d6b:0001 Linux Foundation 1.1 root hub
Bus 007 Device 001: ID 1d6b:0001 Linux Foundation 1.1 root hub

Daripada informasi diatas, kita boleh dapatkan maklumat pengeluar dan jenis chip yang digunakan oleh adapter ini (iaitu RTL8188CUS).

Kita juga boleh mengetahui driver yang digunakan dengan arahan “sudo lshw -c network”

*-network
description: Wireless interface
physical id: 1
bus info: usb@2:2
logical name: wlan0
serial: 64:70:02:2b:51:b9
capabilities: ethernet physical wireless
configuration: broadcast=yes driver=rtl8192cu driverversion=3.5.0-17-generic firmware=N/A link=no multicast=yes wireless=IEEE 802.11bgn

Didalam kes ini, driver yang digunakan ialah rtl8192cu. Arahan “sudo lsmod” juga boleh digunakan untuk melihat driver atau module yang sedang dijalankan oleh kernel.

Module                                 Size              Used by
dm_crypt                              23011          0
arc4                                       12529           2
snd_hda_codec_hdmi       32007           1
snd_hda_codec_realtek    77876           1
snd_seq_midi                      13324           0
rtl8192cu                              67616           0
snd_rawmidi                        30512           1 snd_seq_midi
snd_hda_intel                     33491           4
rtl8192c_common             48779            1 rtl8192cu
snd_seq_midi_event         14899            1 snd_seq_midi

Untuk memasang driver yang disediakan oleh Realtek, kita perlulah memuat turun driver ini dilaman Realtek dibawah (sila pastikan kod nombor chip yang digunakan);

http://www.realtek.com/downloads/downloadsView.aspx?Langid=1&PNid=48&PFid=48&Level=5&Conn=4&DownTypeID=3&GetDown=false&Downloads=true#RTL8192CU

Kemudian, sila pasang peralatan yang diperlukan untuk compile driver tersebut dgn menjalankan arahan berikut di terminal

sudo apt-get install build-essential linux-headers-`uname -r`

Selepas itu, ‘unzip’kan driver yang dimuat turun tadi. Dan menggunakan terminal, pergi ke direktori yang telah diunzipkan tadi dan jalankan arahan berikut.

chmod +x install.sh

sudo ./install.sh

Selepas berjaya memasang driver ini, kita perlu pastikan bahawa Ubuntu tidak menjalankan default driver semasa menghidupkan komputer dengan memasukkan driver tersebut ke senarai blacklist.

sudo gedit /etc/modprobe.d/blacklist.conf

Dan tambahkan baris ini dibawah sekali

blacklist rtl8192cu

 

Selepas beberapa bulan menggunakan driver ini, saya dapati driver ini sangat stabil berbanding default driver oleh Linux kernel. Internet menjadi laju seperti biasa dan juga jarang terputus. Dan sekiranya terputus, saya tidah perlu lagi untuk mencabut dan memasang balik adapter tersebut ke port USB.

Salah satu cara untuk memeriksa samada kita berjaya memasang driver ini atau tidak, kita boleh menggunakan arahan  “sudo iwconfig”

wlan1     IEEE 802.11bgn  ESSID:”********-*****”  Nickname:”

Related Posts:

About the author

Ku suka taip kod dari taip ayat, tapi terpaksa taip ayat untuk cerita pasal kod.