Bagi pengguna baharu Linux, anda boleh juga mencuba elementary OS sebagai pilihan terbaik selain Ubuntu 13.04.
Luna, nama versi terbaharu Elementary OS memberi satu pembaharuan kepada pilihan buat pengguna baharu Linux. Versi sebelum ini digelar Jupiter. Manakala versi seterusnya diberi nama Isis.
Luna menggunakan Ubuntu 12.04 sebagai asasnya. Ini juga bermaksud ia berasaskan juga debian.
Bagi pengendalian apps, Luna menggunakan Ubuntu Software Center. Mudah dan ringkas dengan hanya sekali klik untuk penginstallan apps.
Sejarah Elementary OS ini dicipta bagi mengfokuskan kecantikan tema buat pengguna Linux. Kemudian secara sedikit demi sedikit mereka juga mencipta apps yang elegan seperti Geary, klien emel.
Target OS ini sama seperti Ubuntu (yang kian menjadi teruk) iaitu untuk pengguna baharu Linux. Asasnya ialah mengurangkan keperluan pengguna untuk mengubah sana sini. Apa yang penting mudah dan ringkas mereka guna sebaik sahaja OS ini bertapak di komputer atau laptop mereka.
Namun, OS ini tidaklah sesuai untuk komputer lama kerana kadar penggunaaan RAMnya juga agak tinggi iaitu sekitar 1-3 GB. Biasalah. Apa yang cantik tetap perlu dikorbankan sesuatu.
Mengapa tidak sahaja Ubuntu? Ini kerana Ubuntu semakin menjadi-jadi keberatannya untuk pengguna baharu Linux dan melebihkan sesuatu yang tidak perlu dalam dunia Linux. Kerana OS Linux mempunyai matlamat utama iaitu mudah dan pantas.
Kerana itu, Elemantary OS mempunyai kelebihan seperti cantik dan elegan, pantas, serta graphic user interface (GUI) yang mudah dan seakan OSX.
Bagi pengguna baharu, ini adalah antara OS yang patut dicuba.
sumber: MakeUseOf
Komen Terkini