Kemaskini: Ubuntu 13.04 dan TL-WN725N

Artikel asal oleh : alHakim. – Pada : Sabtu, 16 Febuari 2013

Salam,

Ubuntu telah mengeluarkan versi yang terbaru iaitu Ubuntu 13.04 Raring Ringtail.

Walaubagaimanapun, ia bukan lah sesuatu berita yang menggembirakan kepada para pengguna adapter wireless TL-WN725N kerana anda tidak akan dapat untuk mengkompil driver Realtek.

Driver yang disediakan secara default oleh Kernel 3.8.0 secara amnya adalah lebih baik baik daripada driver default sebelum ini.

Namun masih belum stabil.

Setelah beberapa ketika mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini, saya terjumpa jawapan di forum UbuntuForum.org.

Ada patch yang diperlukan untuk membolehkan driver Realtek ini dikompil didalam Ubuntu 13.04.

Anda boleh rujuk disini http://ubuntuforums.org/showthread.php?t=2092934

Atau anda juga boleh memasang deb package yang terdapat disini https://code.google.com/p/realtek-8188cus-wireless-drivers-3444749-ubuntu-1304/

InsyaAllah, saya akan menunjuk jalan untuk memasang kedua-dua cara diatas dalam dua atau tiga hari lagi.

Sekian.

Related Posts:

About the author

Ku suka taip kod dari taip ayat, tapi terpaksa taip ayat untuk cerita pasal kod.