Secara rasminya Canonical melepaskan keluaran versi Ubuntu 13.10 dengan nama Saucy Salamender.
Ubuntu 13.10 menggunakan Kernel 3.11.
Walaupun berita di Internet banyak mengatakan versi terkini Ubuntu akan menjadi ‘bosan’ kerana tiada kemaskini terbaharu daripada Ubuntu, tidak bermakna tiada yang menarik untuk dilihat.
Beberapa pembaharuan dilakukan kepada Unity, persekitaran desktop oleh Canonical seperti penggunaan ‘dash’ dalam carian.
Mungkin kerana sibuk dengan telefon pintar mereka, Ubuntu Touch, para pembangun Canonical kurang memberi tumpuan kepada pembaharuan Ubuntu.
Beberapa reviu daripada pengguna Internet masih belum lagi kelihatan. Nantikan kemaskini daripada Sumbu.
sumber: http://news.softpedia.com/news/Ubuntu-13-10-Saucy-Salamander-Officially-Released-391964.shtml
Komen Terkini