Bagi yang berminat belajar dengan teknologi, Ubuntu ada menyediakan versi pendidikan (education) dengan versi bernama EduBuntu.
Tumpuan utama Edubuntu adalah untuk sekolah, rumah, dan komuniti. Tetap berasaskan Ubuntu, apa yang lainnya Edubuntu tersedia dengan pelbagai aplikasi pendidikan.
Instalasi Edubuntu sama sahaja seperti Ubuntu. Tiada bezanya.
Ia juga menggunakan Ubuntu Software Center untuk mencari pakej apps yang ada. Jadi tidak perlu risau jika anda ingin install perisian yang anda ingini.
Dengan ini, anda tidak perlu lagi menghabiskan wang beribu ringgit pada perisian yang belum tentu memberi kesan kepada anak-anak atau murid anda.
Apa kata anda tentang ini?
Komen Terkini