Bagi pengguna handphone selain smartphone, anda mesti ketinggalan tentang apps yang ramai kini guna seperti WeChat dan Whatsapps. Anda seperti dipaksa membeli smartphone dan juga melanggan plan Internet.
Namun usah khuatir kerana ada jalan penyelesaiannya untuk itu, bagi yang masih mengumpul duit.
Anda boleh gunakan emulator android di PC.
Banyak emulator ditawarkan tetapi yang pernah saya gunakan Bluestacks adalah yang terbaik setakat ini.
Oh diingatkan, perisian ini lebih sesuai untuk PC canggih (high-end). Sekurangnya RAM 2 GB diperlukan. Pengguna komputer lama terpaksa bersedih untuk berita ini.
Cara installasinya pun mudah. Ikut langkah yang muncul satu persatu. Kemudian verifikasi emulator dan android anda, walah! Kini anda telah ada robot hijau di dalam PC anda!
Ada perisian emulator yang lain hendak diwar-warkan juga?
Komen Terkini