Untuk tutorial pada kali ini saya kongsikan serba ringkas cara membuat Karaoke menggunakan perisian bersumber terbuka dengan gaya anime (animasi dari Jepun) yang biasa kita lihat pada lagu pembukaan dan akhir sesebuah anime. Aplikasi-aplikasi yang digunakan boleh didapati dalam repos distribusi masing-masing kecuali Aegisub berkemungkinan perlu dipasang sendiri.
Berikut merupakan proses pembikinan Video karaoke tersebut :
1.Dapatkan gambar Jalur Gemilang dari Wikipedia di http://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Flag_of_Malaysia.svg
2.Dapatkan Lagu Kebangsaan Negara dari Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional di http://www.jpnin.gov.my/audio-lagu-patriotik-
-Ada 2 fail audio iaitu instrumental dan bersuara tetapi masanya tidak sama. Muat turun kedua-duanya.
3.Guna Pitivi untuk segerakkan audio bersuara dengan audio instrumental.
-Muatkan kedua-dua audio tadi dan suntingkan.
-Muatkan gambar Jalur Gemilang dan sunting masa mengikut masa audio yang telah disuntingkan tadi.
-Simpan sebagai sandaran.
-Eksport kepada 2 fail .mkv
-1.Gambar berserta audio bersuara (video bersuara)
-2.Audio instrumental tanpa gambar
4.Gunakan Aegisub untuk segerakkan lirik dengan audio
-Pecahkan ayat menjadi suku kata untuk segerakkan dengan suara
-Tulis sendiri atau dapatkan kod-kod untuk kesan khas lirik anda
-Simpan fail tersebut dalam format .ass
5.Gunakan Avidemux untuk hardsub lirik ke video
Nota: Ini adalah untuk keserasian untuk pemain yang tidak boleh membaca fail .ass. Boleh abaikan jika mahu.
-Buka video bersuara
-Pada Format pilih MKV
-Pada Video – Pilih format yang anda suka
-Klik Filters, pada tetingkap seterusnya klik Subtitles, dwi-klik ASS, pilih fail .ass anda tadi. Anda boleh pra-tonton video atau tutupkan bila selesai.
-Klik Fail -> Add To Joblist, taipkan nama untuk tugas tersebut dan pilih tempat simpanannya.
-Klik Fail -> Show Joblist, pilih tugas tadi dan jalankannya.
6.Gunakan mkvmerge GUI untuk satukan Video berlirik (hardsub) dengan audio instrumental
-Buka fail yang telah siap dari Avidemux tadi
-Klik Add dan pilih fail Audio instrumental tanpa gambar yang dibuat dengan Pitivi
-Buang (nyah klik kotak) Global Tags (kepunyaan fail audio Instrumental)
-Tambahkan sekali fail .ass tadi sekali terutamanya jika anda abaikan langkah 5.
-Klik Start muxing
7.Setelah selesai kesemua proses anda bolehlah mainkannya menggunakan pemain yang menyokong format mkv. Klik pautan ini untuk mendapatkan video karaoke dwi-suara yang telah siap.
Dimainkan dengan VLC – boleh pilih audio bersuara atau instrumental (boleh buat karaoke).
Contoh Video Karaoke tadi. Jangan muat turun video ini kerana formatnya telah ditukar oleh Youtube. Gunakan pautan di atas.
Jika ada yang kelapangan saya akan ulaskan perisian-perisian yang digunakan. Sementara itu anda cuba dahulu dan jika ada kemusykilan sila ajukan kepada kami.
Kredit :
Audio – Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional
Jalur Gemilang – Wikipedia
Komen Terkini