Persekitaran desktop Gnome (disebut nom) mempunyai sejarahnya tersendiri. Apabila masuk ke versi 3.x, ia dikritik hebat kerana banyak isu yang timbul. Antaranya antara muka yang terlalu ringkas dan ketidakstabilan dengan kebanyakan hardware.
Telah banyak pembaharuan berlaku. Pembangun Gnome, Allan Day berkata, mereka mendengar masalah yang dihadapi oleh pengguna Gnome dan mereka berusaha keras untuk mengembalikan era kegemilangan Gnome.
Masih dengan idea ‘kekal ringkas’, Gnome 3.10 kekal ringkas termasuk dengan nama-nama aplikasinya.
1. Software
Ini bukanlah perisian. Tetapi pusat pengurusan apps dan pakej di Gnome. Para pembangun akan memasukkan pula fungsi rating, komen dan paparan skrin (screen shot).
2. Keselamatan peribadi
Setiap persekitaran desktop Linux memberi kebebasan kepada penggunanya untuk mengubahsuai apa jua spesifikasi mengikut citarasa pengguna. Dan yang penting setiap mereka menekankan keselamatan maklumat peribadi. Dan Gnome 3.10 adalah pilihan lebih baik berbanding Unity.
Isunya, Unity apabila pengguna mencari di opsyen ‘search’ secara tak lansung maklumat carian itu dihantar terus ke server Canonical di UK. Siapa tahu mereka akan cuba melihat ‘apa dalam kain’ kita!
3. Kesempurnaan retinal
Apple berjaya membawa industri perkomputeran ke arena high-resolution. Kini pameran retina menjadi satu kebiasaan buat teknologi baharu.
Antara pembaharuan Gnome 3.10:
- Apps pemain muzik – Music
- Skrin login yang kemas dengan transisi bagus dan layout baik
- Skrin kunci yang lebih baik
Kesimpulannya, Gnome 3.10 memberi impak baharu kepada pandangan sejagat pengguna Linux terhadap Gnome veris 3.x.
Apa pandangan anda yang telah mencubanya? Jom komen.
sumber: http://www.extremeta.com/2013/09/review-gnome-310/467
Komen Terkini