Menjadi pengguna perisian bebas dan bersumber terbuka bukanlah bermakna kita mesti menggunakan Sistem Operasi GNU/Linux semata-mata dan membenci yang lainnya. Kita masih boleh terus wujud bersama dalam suasana yang mesra alam dan harmoni.
Kali ni kita lihat bagaimana memasang aplikasi-aplikasi dari KDE pada Windows 7. Sebelum itu sila ambil perhatian bahawa aplikasi-aplikasi ini masih dalam tahap experimen dan kurang stabil. Bagaimanapun tak salah kalau mahu mencuba. Sekurang-kurangnya kita dapat memberikan sokongan moral kepada para pembangun yang terlibat dan jika rajin boleh memfailkan pepijat yang ditemui.
Sila dapatkan aplikasi pemasangan di http://download.kde.org/stable/kdewin/installer/kdewin-installer-gui-latest.exe.mirrorlist dan jalankan aplikasi pemasangan tersebut. Setelah selesai pemasangan jalankan aplikasi tersebut.
Tekan butang Next untuk ke tetingkap seterusnya.
Pilih Update untuk memilih aplikasi atau Remove untuk nyahpasang.
Setelah kemaskini selesai, anda boleh memilih aplikasi yang ditawarkan.
Tetingkap seterusnya memaparkan pakej-pakej yang turut perlu dipasangkan.
Seterusnya muat turun dan pemasangan bermula.
Pemasangan telah selesai dengan jayanya.
Sebahagian daripada aplikasi KDE beraksi pada Windows 7.
Bagaimana? Ada yang berani mencuba?
Komen Terkini