Razor-qt – Persekitaran Desktop Yang Pantas

Razor-qt merupakan persekitaran desktop (Desktop Enviroment) yang pantas dan mudah digunakan berasaskan teknologi Qt. Ia telah direka untuk pengguna yang menghargai kesederhanaan, kelajuan, dan antara muka intuitif.

Walaupun projek ini masih baharu, Razor-qt telah mempunyai komponen penting iaitu :

  • Panel
  • Desktop
  • Pelancar aplikasi
  • Pusat tetapan
  • Sesi

Anda boleh menggunakan kesemua atau sebahagian daripadanya. Razor-qt boleh digunakan bersama pelbagai pengurus tetingkap moden seperti fwwm2 sehinggalah kepada kwin. Sebahagian besar pembangun Razor-qt menggunakan Openbox. Ia mempunyai repo hampir pada kesemua distribusi yang popular. Cara pemasangannya boleh anda dapati di laman web Razor-qt.

Video saya sediakan menggunakan Razor-qt 0.5.2 pada Ubuntu 13.10 manakala kwin sebagai pengurus tetingkap. Anda boleh saksikan sendiri betapa pantasnya persekitaran desktop ini.

Ada sesiapa boleh terangkan secara ringkas apa itu Sistem Operasi, Persekitaran Desktop dan Pengurus Tetingkap?

Related Posts:

  • No Related Posts

About the author

Penggemar Sumber Terbuka