Perisian sumber terbuka, bukan bermaksud hanya tertumpu pada Sistem berasakan Linux. Terdapat banyak perisian Sumber Terbuka yang boleh dijalankan pada pelbagai Sistem Operasi.
Jika pada artikel yang lalu kita telah membawa KDE pada Windows 7, kali ini kita lihat pula alternatif lain untuk menggantikan penyunting teks lalai pada Windows iaitu Notepad kepada aplikasi bebas dan bersumber terbuka.
Antara kelebihan menggunakan aplikasi-aplikasi alternatif ini adalah ia lebih mesra dan mempunyai pelbagai pilihan konfigurasi untuk kod bahasa pengaturcaraan komputer seperti C, C++, Java, HTML, XML, Python, Perl dan sebagainya yang secara asas tidak mesra pada applikasi Notepad.
Nota : Aplikasi yang tersenarai dibawah adalah senarai alternatif, bagi menggantikan Notepad.
Notepad – Aplikasi lalai Windows
gedit – https://projects.gnome.org/gedit/
Kate – http://kate-editor.org/
Notepad++ – http://notepad-plus-plus.org/
AkelPad – http://sourceforge.net/projects/akelpad/
Metapad – http://liquidninja.com/metapad/
Programmer's Notepad2 – http://www.pnotepad.org/
Midnight Commander – http://sourceforge.net/projects/mcwin32/
Anda ada penyunting teks lain yang ingin dikongsikan? Silalah tinggalkan komen.
Komen Terkini