XDM adalah aplikasi mirip IDM untuk linux. untuk artikel kali ini saya menggunakan terminal untuk memasang XDM pada ubuntu 12.04 LTS.
{UPDATE!}sila rujuk cara memasang yang lebih mudah di akhir artikel
Pertama, mulakan terminal (CTRL+ALT+T). Taip syntax seperti dibawah pada terminal:
Muat turun XDM:
mkdir xdman cd xdman wget -c http://sourceforge.net/projects/xdman/files/xdman.zip
extract XDM:
unzip xdman.zip
tetapkan execution permissions pada xdman.sh:
chmod +x xdman.sh
pasang XDM:
./xdman.sh
tunggu sehingga pemasangan selesai. anda sedia untuk menggunakan aplikasi XDM!
Integrasi dengan Mozzila Firefox:
popup seperti dibawah akan mucul apabila xdman selesai dipasang. jika tidak muncul sila buka aplikasi xdman pegi ke “Tools > Browser Integration”.
Drag icon XDM tetingkap firefox atau taip http://localhost:9614/xdmff.xpi di tetingkap firefox untuk memasang plugin integrasi XDM dengan firefox. pasang plugin XDM seperti memasang addons firefox yang lain.
Setelah siap pasang, tutup kedua-dua XDM dan firefox. Kemudian buka XDM terlebih dahulu sebelum firefox. Pastikan anda membuka XDM terlebih dahulu sebelom firefox setiap kali anda ingin menggunakannya. Jika tidak, fungsi XDM tidak dapat diguna kan. Atau anda boleh tetapkan xdman berjalan semasa startup dengan ke tab “Monitor All Browsers” dan tandakan pada “Run XDM on system startup”. Anda juga boleh ubah tetapan XDM dengan ke “tools > options”.Selamat mencuba!
berikut adalah cubaan saya download youtube dengan XDM:
Tetapan XDM: 32 connections
Internet: streamyx paling murah. 384kbps
{UPDATE}:
Anda juga boleh memasang dengan mudah dengan menaip seperti dibawah pada terminal anda.
sudo add-apt-repository ppa:noobslab/apps sudo apt-get update sudo apt-get install xdman
p/s: jika anda ada masalah dengan pemasangan integrasi dengan browser lain seperti chrome , opera dan lain-lain sila tinggalkan komen. saya akan cuba bantu anda 🙂
Komen Terkini